Petronas Penapisan (Melaka) Sdn. Bhd dilengkapi fasiliti bertaraf antarabangsa

By  |  0 Comments

PETRONAS_REFINERY 002

Baru-baru ini Infokereta.com berpeluang melawat Petronas Penapisan (Melaka) Sdn. Bhd (PPMSB) bagi melihat kawasan dan loji penapisan minyak.

Terletak dalam keluasan 926 ekar di Mukim Sg Udang dan Tangga Batu, Melaka, rombongan media yang dibawa khas oleh pihak Petronas ini berpeluang melihat kawasan persekitaran loji ini serta diberi penerangan mengenainya.

Walau pun tidak berpeluang melihat sendiri kerja-kerja pemprosesan minyak, namun penerangan penerangan oleh pihak Petronas termasuk dua pakar jurutera minyak, ia mampu memberikan serba sedikit gambaran mengenainya.

Secara keseluruhan loji penapisan minyak di Malaysia, Petronas menguasai pasaran sebanyak 44% iaitu yang terbesar di negara ini.

SOGT_04

Di PPMSB ini, ia mempunyai dua pusat penapisan iaitu Refinery Train 1 (PSR-1) yang ditubuhkan pada tahun 1994 dan Refinery Train 2 (PSR-2) yang dibangunkan 5 tahun kemudian.

Bagi PSR-1, ia boleh menghasilkan sebanyak 128,000 tong minyak sehari, manakala 180,000 pula di PSR-2. Satu tong minyak adalah persamaan dengan 200 liter.

Secara asasnya, proses-proses penapisan bermula dengan minyak mentah dibawa oleh kapal dari pelantar minyak ke jeti loji penapisan. Kemudian ia akan mula diproses di tangki penyimpanan minyak mentah (crude storage tank – CST). DI PPMSB, terdapat 8 unit CST.

Bagi PSR-1, ia hanya akan memproses minyak mentah atau pun digelar ‘sweet crude’ sahaja. Selepas itu, proses seterusnya akan dilakukan di PSR-2.

Di PSR-2, minyak mentah terbabit akan dipanaskan dengan suhu 300 darjah selsius bagi menjadikannya sebagai ‘sour crude’. Kemudian ia akan dipindahkan pula ke relau khas untuk proses seterusnya.

Kemudian ia akan disalurkan ke menara penyulingan untuk proses terakhir sebelum terhasilnya gas bahan api, gasolin, JetA1 dan diesel.

Akhir sekali, bahan api yang telah siap diproses akan disimpan di tangki produk sebelum diedarkan di pasaran.

Terdapat tiga cara bagi proses pengedaran iaitu menerusi saluran paip (25%), lori tangki (10%) dan perkapalan (65%). Di mana bagi saluran paip adalah sejauh lebih 200 kilometer iaitu dari PPMSB ke Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) ke Terminal Edaran Lembah Klang (KVDT).

Selain bahan api, PPMSB turut menghasilkan bitumen, coke, sulfur dan naphtha.

Ketika diajukan soalan, berapa lamakah masa yang diambil untuk memproses minyak mentah untuk menjadi bahan api yang boleh digunakan. Menurut salah seorang pakar minyak Petronas iaitu M Hafiz A. Aziz, ia mengambil masa antara tiga hingga empat hati untuk memproses minyak mentah bagi menjadikannnya bahan api sedia guna.

Pada awal Ogos lalu, Petronas telah memperkenalkan RON 97 yang baharu iaitu Petronas Primax 97 with improved Advanced Energy Formula yang dirumus khas untuk pecutan yang unggul. Bahan api RON 97 ini juga menepati spesifikasi Euro 4M.

Kandungan bahan api Euro 4M ini mempunyai tahap sulfur, benzena dan Reid Vapour Pressure (RVP) yang lebih rendah, menjadikannya bahan api yang lebih mesra alam kerana hasil pelepasan dan pencemar yang lebih rendah berbanding dengan bahan api Euro 2M RON 97 sebelum ini.

Dengan spesifikasi Euro 4M, pengurangan kandungan sulfur juga akan melindungi sistem pelepasan ekzos kenderaan.

Manakala untuk menaik taraf Euro 4M ke Euro 5, ia akan diimplementasikan pada tahun 2025 dan perlu mengambil masa untuk membuat lebih banyak penyelidikan serta kajian. Malah perlu memasang insfraktrutur baharu bagi PPMSB ini berkeupayaan memproses minyak baharu tersebut.

Selain untuk Malaysia, Petronas juga turut mengimport bahan api ke beberapa buah negara, antaranya Indonesia. Malah Petronas juga telah pun menghasilkan bahan api khas yang digunakan untuk pasukan Petronas bagi perlumbaan Formula One (F1).

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *