BMW F 700 GS & BMW F 800 R baharu kini sudah berada di pasaran Malaysia

By  |  0 Comments

BMW F 700 GS (6)

Memandangkan permintaan terhadap motosikal berkuasa tinggi kian mendapat sambutan di kalangan rakyat Malaysia, BMW Motorrad Malaysia telah memperkenalkan model jentera dua roda baharu iaitu BMW F 700 GS dan BMW F 800 R.

Kedua-dua model ini diproduksikan di kilang pemasangan BMW Motorrad di Rayong, Thailand.

Sesuai untuk perjalanan jauh, BMW F 800 R baharu ini merupakan state-of-the-art roadster yang memiliki sifat ringan, tangkas dan pantas. Serta dalam masa yang sama, ia memberikan pengendalian, imbangan dan kuasa yang memberangsangkan.

Kuasa yang disalurkan oleh BMW F 700 GS dan BMW F 800 R baharu adalah dari enjin berkapasiti 798 cc dua-silinder empat-injap suntikan bahan api elektronik serta dipadankan dengan kotak gear enam-kelajuan.

BMW F 700 GS (2)

BMW F 700 GS baharu mampu menghamburkan kuasa sehingga 75 hp dan tork 77Nm. Manakala BMW F 800 R baharu pula lebih berkuasa dengan 87 hp dan tork maksimum 86Nm.

Enjin ini dikatakan mampu memberikan respons yang spontan, anjakan kuasa yang mengagumkan dan dalam masa yang sama penggunaan bahan api yang lebih efisien.

Malah kedua-dua model ini turut dilengkapi dengan BMW Motorrad ASB sebagai standard, sesuai dengan prinsip BMW Motorrad iaitu “Safety 360”, yang menekankan aspek keselamatan maksimum dengan solusi penuh inovatif.

Penampilan BMW F 700 GS baharu lebih versatil dan sesuai untuk tunggangan di jalan biasa mahu pun off-road, tidak seperti kebanyakan motosikal berkuasa tinggi jenis enduro yang lain.

BMW F 800 R (6)

Manakala BMW F 800 R pula lebih menekankan rekaan minimalis yang menawarkan kombinasi sempurna dengan tunggangan urban dan sporty.

Kedua-dua model juga turut dilengkapi dengan lampu indikator membelok yang baharu dengan teknologi LED yang memberikan kesan penglihatan lebih dipertingkatkan.

Pilihan warna bagi BMW F 700 GS baharu ialah Alpine White, Blackstorm, dan Racing Blue. Manakala BMW F 800 R ditawarkan dengan warna Racing Blue Metallic dan Light White.

Harga atas jalan (tanpa insurans) adalah seperti berikut :

The new BMW F 700 GS – RM 56,900.00
The new BMW F 800 R – RM 49,900.00
The new BMW F 800 R Sport – RM 53,500.00

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *