Proton patuhi standard yang ditetapkan

By  |  0 Comments

top-tether-wm

Berhubung dengan siasatan yang dijalankan oleh Asean New Car Assessment Program (ASEAN NCAP) berkenaan dengan salah satu bahagian keselamatan pada kereta buatan tempatan yang pernah diuji telah dibuang seperti mana yang dilaporkan oleh pengguna, Proton telah mengeluarkan kenyataan mengenai isu ini.

Proton telah memberi jaminan kereta keluarannya memenuhi piawaian keselamatan kawal selia di semua pasaran operasinya, terutama Malaysia.

Menurut kenyataan tersebut, Proton telah menguji banyak keretanya di seluruh dunia seperti di Australia dan sebelum ini di Eropah. Malah syarikat ini telah mendapatkan perkhidmatan agensi berkelas dunia dan makmal ujian untuk memastikan ujian dan keputusan yang telus.

top-tether-attachment

Proton juga berkata ia akan meneruskan usaha untuk meningkatkan produk dan perkhidmatannya serta membuat penambahbaikan mengikut keperluan.

“Adalah suatu prosedur biasa agensi tersebut akan memberitahu dan melaporkan secara sebenar-benarnya kepada syarikat jika berlaku kepincangan, kerosakan atau kegagalan elemen, sebelum sebarang kenyataan awam diterbitkan berhubung kereta yang diuji,” ujar Proton.

Malah memaklumkan akan berjumpa dengan pihak ASEAN NCAP memandangkan perkara ini tidak diberitahu secara rasmi. Justeru, Proton tidak dapat mengesahkan atau menafikan perkara berkenaan.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *