Toyota menyatukan semula Michael J.Fox & Christopher Llyord dalam video istimewa ‘Back to the Future’

By  |  0 Comments

Back_to_the_future

Toyota telah menyatukan semula dua aktor handalan, Michael J.Fox dan Christopher Llyord di dalam video tema istimewa ‘Back to the Future’.

Video penuh akan mula disiarkan pada 21 Oktober ini, iaitu tarikh yang sama Toyota Mirai mula dijual. Di mana tarikh ini juga sama dengan penggembaraan Marty McFly (Fox) dan Dr. Emmett “Doc” Brown (Lloyd) di dalam ‘Back to the Future II’.

Biar pun tarikh tersebut kian hampir, Toyota masih menyimpul rahsia perician lanjut mengenai video tersebut, namun ia adalah untuk mempromosikan Mirai serta bagi membincangkan ramalan inovasi yang akan datang.

Dalam satu kenyataan Michael J.Fox, beliau berkata, “Sejak sekian lama kita telah meramalkan pelbagai teknologi masa akan datang dan dalam ‘Back to the Future’ khas ini, ia merungkaikan banyak perkara. Malah para peminat filem ini juga diajak untuk menyaksikan kehebatan Toyota di dalam menghasilkan kenderaan pengangkutan yang berinovasi tinggi ini. Ia benar-benar mengagumkan.”

Toyota Mirai, atau membawa maksud ‘masa hadapan’ dalam bahasa Jepun, merupakan sedan empat pintu yang mempunyai keunikan penampilannya. Kuasanya dijanakan oleh hidrogen dan satu tangki penuhnya mampu memacu kenderaan ini sehingga 483 kilometer. Malah proses pengisian semula tangki bahan apinya hanya mengambil masa selama lebih kurang lima minit sahaja.

Ia juga mempunyai fius hidrogen dan oksigen untuk menghasilkan kuasa voltan yang dikehendaki. Kemudian ia menyalurkan kuasa tersebut pada motor elektrik. Tangki sel bahan api Mirai terletak di bawah tempat duduk pemandu dan penumpang di hadapan.

2016_Toyota_Fuel_Cell_Vehicle_041

Mampu meledakkan tenaga 3.1 kW per liter dengan menggunakan enjin ini, ia juga boleh menghasilkan kuasa sehingga 153 hp, mampu dipacu daripada titik sifar sehingga 100 km/j dalam hanya 9.9 saat dan 40-60 km/j dalam 3.0 saat.

Selain itu, Mirai turut ditampilkan dengan peranti Power Take Off (PTO), yang mampu menyediakan bekalan elektrik dengan kapasiti yang besar sebagai persediaan jika berhadapan dengan kecemasan.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *