McLaren 650S Coupe didedahkan secara rasmi

By  |  0 Comments

650c-2

Selepas beberapa hari foto dan sedikit maklumatnya dibocorkan, akhirnya McLaren membuat keputusan untuk mendedahkan serba sedikit mengenai jentera supercar ini menerusi dalam talian sebelum mempamerkannya secara rasmi di Geneva Motor Show bermula 4 Mac ini.

Walau pun masih tidak memberitahu lebih terperinci mengenai 650S ini namun Mclaren telah mengesahkan bahawa ia bakal dijanakan enjin 3.8 liter V8 turbo-berkembar yang mampu menghasilkan ledakan kuasa maksimum sehingga 650hp. Menurut McLaren lagi, abjad “S” yang diselitkan pada nama supercar ini membawa maksud sebagai “Sport”. Malah 650S ini juga dikatakan lebih berkuasa berbanding model 12C.

650c-3

Memilih tayar Pirelli P Zero Corsa yang membaluti rim aloi lima jejari, ia dibuat istimewa bagi 650S ini. Selain daripada itu, terdapat beberapa perubahan kecil turut dilakukan termasuklah door blades yang terletak di belakang tayar hadapan yang bertujuan untuk menghasilkan lebih downforce. Secara tidak langsung ia mampu menambahkan lagi 24 peratus downforce pada kelajuan 241km/j berbanding dengan model 12C.

Selain itu, sistem suspensi Pro Active Chassis Control (PCC) turut dipertingkatkan bagi 650S ini. Di mana pelarasan untuk suspensi dan powertrain telah diselaraskan bagi meningkatkan pengendalian pemanduan yang disesuaikan dengan mod Sport.

650S-1

650S ini turut tampil dengan tempat duduk carbon racing yang ringan seperti mana yang digunakan bagi McLaren P1, stereng elektrik mudah laras, kamera undur dan kekemasan gentian karbon bagi ruangan kabinnya.

McLaren 650C ini bakal mempunyai varian coupe dan spider yang bakal berada di pasaran pada musim bunga ini.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *