BMW Group Malaysia melancarkan Wheelcorp Premium di Setia Alam

By  |  0 Comments

BMW (01)

BMW Group Malaysia memperluaskan lagi rangkaian kemudahannya dengan memperkenalkan pusat 4S terkini bagi BMW dan MINI iaitu Wheelcorp Premium di Setia Alam. Ia menawarkan perkhidmatan 4S BMW Group yang ekstensif (Jualan, Servis, Alat Ganti dan Sistem) kepada para pelanggan di kawasan Setia Alam dan Klang.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Malaysia, Alan Harris berkata, “Setia Alam dan Klang adalah pasaran yang berpotensi berikutan penyerahan 500 buah kenderaan premium pada setiap tahun. Sejak penubuhan Wheelcorp Premium, BMW Group Malaysia mampu mencatat pertumbuhan untuk memenuhi permintaan tersebut.”

BMW_4S_Centre_Setia_Alam 009

Pusat 4S Wheelcorp Premium BMW dan MINI baharu ini terletak di No. 1, Jalan Setia Murni AH, U13/AH, Setia Alam, Seksyen U13, Shah Alam, Selangor.

Dengan keluasan 107,500 kaki persegi di atas tanah 1.1 ekar, pusat 4S BMW dan MINI Wheelcorp Premium yang baharu ini terdiri daripada sebuah bangunan empat tingkat.

Ia turut menawarkan perkhidmatan BMW Premium Selection, perniagaan kereta terpakai BMW Group, selain kemudahan baik pulih Badan dan Cat.

Pusat 4S ini juga mampu mempamerkan sehingga 12 unit kenderaan BMW, 4 buah MINI baharu, di samping kawasan khas Lifestyle Collection BMW dan MINI. Serta turut menempatkan 15 ruang bengkel penyelenggaraan seluas 13,000 kaki persegi.

Tingkat bawah tersebut bersambung dengan tingkat satu iaitu kawasan BMW Premium Selection yang mampu mempamerkan sehingga 30 buah kenderaan pada satu-satu masa.

Ia turut dengan dilengkapi bar kafe BMW Isetta, ruang menunggu untuk pelanggan, ruang pameran BMW M Performance yang boleh menempatkan sebuah kenderaan, selain alat-alat ganti dan aksesori BMW M Performance.

Ketua Pengedaran Wheelcorp Premium, Jayden Liew berkata, “Kemudahan 4S Wheelcorp Premium BMW dan MINI sedia untuk menawarkan perkhidmatan premium sebagaimana yang dijanjikan menerusi pemilikan kenderaan BMW Group.”

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *