Volkswagen Jetta versi CKD bakal dilancarkan dua bulan lagi

By  |  0 Comments

2014-vw-jetta-ckd-0008

Akhir Januari lalu, Info Kereta telah melaporkan mengenai pengesahan DRB-Hicom berhubung dengan Volkswagen Jetta yang bakal mempunyai model pemasangan tempatan (CKD). Ia merupakan model keempat Volkswagen selepas Passat, Polo sedan, dan Polo hatchback yang dipasang di kilang milik DRB-Hicom yang terletak di Pekan, Pahang.

MD VW

Semalam, Pengarah Urusan Volkswagen Group Malaysia Sdn Bhd (VGM), Christoph Aringer, mengesahkah bahawa model Jetta ini bakal dilancarkan dalam tempoh dua bulan akan datang. Ia diumumkan di dalam sidang akhbar sempena dengan sesi pandu uji Volkwagen Polo 1.6 hatchback bersama pihak media di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Info Kereta akan membawakan informasi selanjutnya daripada masa ke semasa mengenai Jetta ini.

Mengenai sasaran jualan bagi tahun ini, Aringer turut berkata, VGM menyasarkan sebanyak 20,000 unit Volkswagen bakal dijual. Malah VGM turut berharap agar model CKD mampu membantu meningkatkan lagi jualan jenama ini di Malaysia. Ia merupakan sasaran positif biar pun tahun lalu VGM telah mencatat penurunan jualan iaitu hanya 9,528 unit sahaja berbanding 12,003 unit pada tahun 2012.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *