Honda Civic Type R bakal tiba di Malaysia?

By  |  0 Comments

Honda-With-Dreams-CTR

Honda Malaysia telah memuat naik imej Honda Civic Type R menerusi laman media sosial Facebook baru-baru ini yang ditampilkan menerusi buletin untuk pelanggan mereka ‘With Dreams’.

Malah penampilan jentera hot hatch di dalam edisi buletin tersebut seakan memberikan petanda bahawa kebarangkalian model ini bakal dibawa masuk ke pasaran Malaysia.

Digambarkan sebagai “model Type paling ekstrem dan paling berprestasi tinggi yang pernah dibangunkan”, Civic Type R ini dijanakan oleh enjin 2.0 liter turbo yang mampu menyalurkan kuasa sehingga 310 PS dan tork 400 Nm antara 2,500 dan 4,500 rpm.

Enjin ini turut ditampilkan dengan pengecas turbo baharu, yang bekerjasama dengan sistem Variable Timing and Lift Electronic Control (VTEC) dan Dual-Variable Timing Control (VTC) ciptaan Honda.

Penjana kuasa ini juga turut berpadu tenaga dengan kotak gear manual enam-kelajuan, yang membolehkan jentera ini dipacu dari 0-100 km/j dalam hanya 5.7 saat sebelum mencapai kelajuan maksimum sehingga 270 km/j.

Civic Type R ini turut ditampilkan dengan Adaptive Damper System dan sistem brek hadapan Brembo dengan kaliper empat-omboh. Bukan itu sahaja, Honda turut memadankan Dual Axis Strut Front Suspension untuk membantu mengurangan pergeseran tork sebanyak 50 peratus berbanding suspensi standard Civic.

Tidak cukup dengan itu, sistem Dual Pinion Electric Power Steering turut ditampilkan bagi memberikan kuasa stereng yang lebih responsif.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *