SMA derma Suzuki APV kepada SK Sg. Judah, Klang

By  |  0 Comments

SK Sg Judah Students & Teachers with Suzuki APV_06

Hujung minggu lalu, Suzuki Malaysia Automobile (SMA) telah menganjurkan satu program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dengan mengunjungi Sekolah Kebangsaan Sg. Judah iaitu sekolah untuk anak-anak Orang Asli di Pulau Carey, Klang. Ia bertujuan untuk menyalurkan bantuan yang berupa sebuah Suzuki APV bagi kegunaan rasmi sekolah terbabit.

Untuk pengetahuan, SMA telah menjadikan SK Sg. Judah tersebut sebagai ‘sekolah angkat’ sejak Februari 2012 lalu. Sehingga kini SMA telah menghulurkan pelbagai jenis bantuan kepada pihak sekolah dan para pelajarnya.

Antaranya menaik taraf fasiliti IT termasuk sumbangan televisyen LCD bagi tujuan pembelajaran interaktif, menganjurkan majlis berbuka puasa bersama guru, para pelajar dan keluarga mereka, memberi peluang kepada pelajar-pelajarnya menonton pelawanan bola sepak sempena AFF Suzuki Cup dan juga anugerah penghargaan kepada pelajar yang cemerlang di dalam pelajaran.

Suzuki APV ini pula merupakan sumbangan SMA terkini kepada sekolah terbabit.

SMA Donates Suzuki APV to SK Sg Judah_01

Menurut Pengarah Urusan SMA, Keiichi Suzuki, selari dengan DNA yang diperjuangkan oleh Suzuki iaitu ‘Way of Life!’, telah mendorong syarikat pengeluar kenderaan ini untuk meneruskan program insiatif bagi sekolah terbabit bagi menggalakkan kepada para pelajar menghargai pendidikan mereka. Sekali gus memberikan peluang kepada mereka untuk meningkatkan taraf hidup masing-masing.

Dalam majlis penyerahan Suzuki APV kepada guru besar sekolah terbabit iaitu Abd. Rahman Ahmad, Keiichi turut menyampaikan sijil penghargaan dan wang tunai buat Nur Sahira Natasha, Nurul Atiqah Shafillah, Fatin Hani Zaharah, Muhamad Yusri, Muhammad Norrizzman dan Joe bin Yusri di atas pencapaian cemerlang mereka di dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) yang lalu. Timbalan Pengarah Pendidikan Selangor, Mohd Salleh Mohd Kassim turut diundang memeriahkan majlis tersebut.

Best UPSR 2013 Results Students with SMA team & SK Sg Judah Teachers_05

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *