Lexus IS 200t diberi penambahbaikan dengan enjin baharu 2.0L pengecas turbo

By  |  0 Comments

Lexus_IS_200t_2

Lexus Malaysia telah pun memperkenalkan model serba mewah dan penuh berkuasa, Lexus IS 200t, varian terbaharu bagi barisan Lexus IS.

IS 200t ini adalah bagi menggantikan model IS 250, telah pun diberi penambahbaikan dengan padanan enjin 2.0 liter pengecas turbo baharu. Ia turut digandingkan dengan transmisi Sports Direct Shift 8-kelajuan.

Presiden UMW Toyota Motor, Datuk Ismet Suki berkata, “Terdapat beberapa pembaharuan yang dilakukan terhadap Lexus IS ini termasuk penambahbaikan ciri keselamatan dengan keupayaan prestasi yang boleh menambah keselesaan pemanduan.”

Lexus_IS_200t_2B

Selain enjin baharu, Lexus IS baharu ini juga diberi penambahan ciri keselamatan termasuk 10 beg udara SRS dam Paparan Titik Buta dengan Kepekaan Lintasan Trafik Belakang untuk varian Luxury, F Sport dan Hybrid.

Ditawarkan dengan empat varian iaitu Lexus IS 200t Premium, Lexus IS 200t Luxury, Lexus IS 200t F SPORT, dan Lexus IS 300h, ia turut didatangkan dengan program jaminan bateri hibrid selama 8 tahun serta waranti standard 3 tahun atau 100,000 km (yang mana tiba terlebih dahulu).

Ia ditawarkan pada harga RM298,000 untuk IS 200t Premium, RM350,000 bagi IS 200t Luxury, IS 200t F Sport pula berharga RM385,000 dan RM452,000 bagi varian Hybrid.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *