SPAD senarai hitam pemandu Uber & tidak dibenarkan memperbaharui lesen memandu

By  |  0 Comments

Marco Rubio Speech On Innovation At Uber's DC Offices

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah mengeluarkan amaran keras kepada pemandu kereta persendirian yang menawarkan perkhidmatan Uber. Di mana pemandu kereta ini tidak boleh memperbaharui cukai jalan untuk kenderaan mereka sekiranya SPAD mengesan aktiviti ini.

Menurut sumber yang melaporkan kepada The Sun, SPAD telah menemui kaedah untuk pemilik kereta persendirian atau pemandu yang menawarkan perkhidmatan teksi haram itu menerusi aplikasi Uber, tanpa perlu melakukan operasi menyamar.

Sumber tersebut berkata, selepas sebuah kereta persendirian tertentu dikenal pasti dari log digital dalam aplikasi Uber beserta bukti kukuh video dan gambar operasi mereka, pihak berkuasa akan menghantar notis kepada pemilik kereta itu untuk segera ke bahagian penguatkuasaan SPAD.

Pemandu juga dikehendaki membawa kenderaan mereka untuk pemeriksaan, di mana SPAD boleh menyita kenderaan tersebut kerana melanggar Seksyen 225 Akta Pengangkutan Awam Darat 2010.

SPAD sedang bekerjasama dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam usaha membendung penambahan pemandu Uber di Malaysia.

Pemandu yang mengabaikan notis SPAD tidak akan dibenarkan memperbaharui cukai jalan sehingga mereka menyerahkan kenderaan mereka.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *