GALERI : Mercedes-AMG C 63 S lebih berkuasa & bergaya

By  |  0 Comments

Mercedes_AMG_C63S 002

Mercedes-AMG C 63 S kini sudah berada di pasaran Malaysia dan telah pun dilancarkan pada Jumaat lalu.

Ia dikatakan lebih berkuasa di antara keluarga W205 C-Class, malah harganya juga lebih murah.

Ditawarkan pada harga atas jalan RM698,000 (tanpa insurans), manakala varian Edition 1 pula lebih RM25,000 mahal iaitu RM723,888.

Tampil dengan imej yang lebih agresif, bahagian hadapannya juga dilengkapi dengan dua bilah gril bersama penggayaan AMG yang ternyata lebih mempersona.

Malah logo AMG kelihatan merata di bahagian luaran jentera ini, kira-kira ada 10 jumlahnya! Ini termasuk pada bahagian paip ekzos, gril hadapan, dan roda.

Menyerlahkan lagi gayanya dengan padanan rim jejari berbentuk-Y dengan kekemasan krom atau matte black yang dibaluti tayar Michelin Pilot Super Sport 245/35 (hadapan) dan 265/35 (belakang).

Mercedes-AMG C 63 S dijanakan oleh enjin 4.0 liter biturbo V8 yang mampu menghamburkan kuasa sehingga 510 hp pada 5,500 hingga 6,250 rpm dan tork setinggi 700 Nm pada 1,750 hingga 6,250 rpm.

Ia turut dipadankan dengan transmisi sport automatik AMG Speedshift MCT tujuh-kelajuan yang kuasanya disalurkan mke roda belakang. Dan disebabkan ini ialah versi S, mod Race turut disertakan hasil dari butang AMG Dynamic Select. Apabila mod Race digunakan, ia akan dihantar terus ke sistem kenderaan untuk meledakkan sepenuhnya kuasa.

Jentera ini mampu dipacu dari 0-100 km/j dalam hanya 4.0 saat dengan fungsi Race Start serta berupaya mencecah kelajuan maksimum sehingga 250 km/j. Bagi pakej tambahan Pemanduan AMG, ia boleh mencecah sehingga 290 km/j.

Antara keunikan lain C 63 S ini ialah ia turut dilengkapi dengan pelarasas suspensi sport AMG Ride Control. Selain itu, ia turut didatangkan dengan electronic rear axle locking differential bagi pengendalian yang lebih mantap.

Mercedes_AMG_C63S 041

Menjengah bahagian kabinnya, kemewahan dan keselesaan merajai segenap ruang. Papan pemukanya dilatari dengan kekemasan kulit upholstery Artico berwarna hitam dengan jahitan kelabu kristal.

Ruang konsol tengah juga dilatari dengan kekemasan gentian karbon berwarna hitam yang turut menyerlahkan lagi gayanya. Pandangan mata juga tertancap dengan penampilan jam analog rekaan IWC yang menampakkan lagi gaya elegan dan eksklusif bagi jentera ini.

Ia turut dilengkapi dengan skrin paparan bagi kawalan penghawa dingin, audio dan sistem pemanduan. Pad sesentuh atau perehat tapak tangan juga dilengkapi dengan butang bagi AMG Dynamic Select dan beberapa butang kawalan AMG yang lain.

Logo AMG juga terdapat merata di bahagian dalam kabin termasuk pada papan pemuka dan perehat kepala.

C 63 S ini turut menawarkan tujuh warna luaran iaitu polar white, designo diamond white bright, iridium silver metallic, palladium silver metallic, obsidian black metallic, dan designo iridium silver magno.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *