GALERI : Proton Iriz Active MK2 turut dipamerkan di ALAMI Proton 2015

By  |  0 Comments

AlamiProton_IrizActiveConcept_01

Dalam karnival ALAMI Proton 2015 yang berlangsung pada hujung minggu lalu, turut dipamerkan untuk tatapan umum ialah Proton Iriz Active MK2.

Tidak banyak perubahan yang dilakukan, masih ada persamaan dengan model konsep Iriz Active yang pernah dipertontonkan di ALAMI Proton tahun lalu.

Model konsep fasa kedua ini masih dimonopoli dengan warna jingga dan kelabu, tetapi terdapat pertambahan pelekat pada bahagian badannya. Malah ia turut menampilkan logo sempena ulang tahun Proton yang ke-30. Perubahan yang lebih jelas kelihatan ialah turut ditampilkan dengan set rim baharu.

Malah bahagian rel bumbungnya juga direka semula, namun tidak kelihatan pada kenderaan sebenar kerana ia hanya ditunjukkan pada video rasmi produk sahaja.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *