Proton Perdana 2016 dipreviukan pada umum buat pertama kali

By  |  0 Comments

AlamiProton_PerdanaTun_004

Pengerusi Proton, Tun Mahathir telah pun berbesar hati untuk menayangkan sedikit sudut Proton Perdana 2016 di ALAMI Proton 2015 yang sedang berlangsung sehingga esok di Pusat Kecemerlangan Proton (COE) Shah Alam.

Hanya menunjukkan sebahagian sahaja iaitu sudut hadapan dan belakang yang menampilkan rekaan lampu kabus hadapan dan kluster lampu belakang LED. Ada garisan krom yang sedikit tebal melintang sehingga ke belakang, bersambung dengan dua lampu belakang.

Paip ekzos juga disambung sepenuhnya pada bampar belakang. Selain itu, rim aloi dua-tona tiga-jejari juga kelihatan dipadankan dengan Perdana 2016 ini. Difahamkan, sebanyak lima pilihan warna akan ditawarkan untuk model ini.

AlamiProton_PerdanaTun_001

Panel dapra hadapan juga kelihatan lebih maskular berbanding model sebelum ini. Perdana 2016 juga mempunyai struktur yang tersendiri bagi menambahkan lagi ciri aerodinamiknya. Pemegang pintu hadapan juga kelihatan menampilkan butang bagi kemasukan kunci pintar.

Difahamkan, Perdana 2016 ini memiliki ukuran sepanjang 4,999 mm, iaitu lebih panjang berbanding model Honda Accord generasi ke-8 (4,849 mm).

Setakat ini, enjin yang bakal dipadankan bagi Perdana 2016 ini ialah diadaptasi daripada Honda iaitu enjin R20A3 2.0 liter (154hp/189Nm) dan K24Z2 2.4 liter i-VTEC (177hp/222Nm). Kedua-dua enjin akan dipadankan dengan transmisi automatik lima-kelajuan.

Setakat ini sajalah maklumat terkini yang ada untuk Perdana 2016. Kena tunggu perkembangan selanjutnya di masa yang akan datang.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *