DUKE tutup sebahagian laluan sempena larian SCKLM 2015

By  |  0 Comments

DUKE1

Bermula jam 11 malam ini sehingga 11 pagi esok (4 Okt), sebahagian jajaran Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) dari arah Hulu Kelang ke persimpangan Jalan Kuching akan ditutup sempena penganjuran Larian Marathon Standard Chartered Kuala Lumpur (SCKLM 2015).

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Konsortium Lebuhraya Utara Timur (KL) Sdn Bhd (KESTURI), pemegang konsesi bagi Lebuhraya DUKE, penutupan itu melibatkan beberapa laluan susur masuk dan lencongan lebuh raya.

Kawasan itu termasuk susur masuk di Persimpangan Hillview dari Hulu Kelang ke Ampang, Persimpangan Hillview dari Ampang, bulatan Jalan 37/56 Taman AU2 Keramat, Jalan Jelatek, Wangsa Maju, Jalan Semarak (PULAPOL & MINDEF) dan di Jalan Ayer Jerneh, Setapak.

Turut terlibat ialah susur masuk melalui tanjakan Jalan Pahang bagi kedua-dua arah menghala ke Plaza Tol Sentul Pasar dan Plaza Tol Batu, tanjakan Sentul berhampiran Plaza Ong Tai Kim dan persimpangan lampu isyarat Bandar Dalam.

Sementara laluan utama dari arah Greenwood/Karak akan dilencongkan ke Persimpangan Bandar Dalam, Bandar Baru Sentul dan Jalan Gombak.

Pengguna jalan raya dinasihatkan menggunakan laluan alternatif serta mematuhi semua langkah keselamatan dan arahan sepanjang penutupan tersebut.

Penutupan jajaran lebuh raya ini akan dibuka secara berperingkat kepada lalu lintas setelah mendapat kebenaran daripada pihak Polis Trafik Kuala Lumpur.

Orang ramai boleh menghubungi Hotline DUKE di talian 03-6251 3100 atau Hotline Gerakan Trafik di talian 03-2071 9777 untuk maklumat lanjut.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *