Proton Pickup Concept dipamerkan di ALAMI Proton 2015

By  |  0 Comments

AlamiProton_PickupConcept_01

Seperti mana yang dimaklumkan semalam, Proton telah menayangkan model konsep jentera pikap yang diberi nama Proton Pickup Concept. Jika sebelum ini, Proton Arena telah menggunakan platform Wira, bagi Proton Pickup Concept pula, ia memilih Exora sebagai platform asasnya.

Proton Pickup Concept menampilkan imej yang agresif terutamanya pada bahagian hadapannya yang dipadankan dengan gril krom yang tebal dengan logo Proton di bahagian tengah. Ia turut disambungkan pada lampu utama LED berbentuk melintang. Bahagian hudnya pula agak tinggi.

Bampar bawahnya yang juga sedikit tebal dilatari dengan kekemasan warna matte black. Ia juga disambung terus pada bahagian dapra, sisi bawah dan belakang. Ia juga menampilkan lampu kabus, cermin sisi bersama indikator dan dipadankan dengan tayar bersaiz 16-inci.

Melewati bahagian belakangnya, pandangan mata pasti tertancap pada perkataan ‘Proton’ yang bersaiz agak besar melintang di posisikan pada bahagian tengah dengan kekemasan matte black. Ia seakan ‘menutup’ lampu belakang yang bersaiz kecil dan turut dilingkari perumah berwarna matte black.

Di bahagian bawah bamparnya juga ditampilkan pemijak belakang krom, paip ekzos tunggal dengan palang pelindung. Ia juga menampilkan ‘trunk bed’ yang agak pendek, lebih kurang sama dengan yang ditampilkan oleh Ssangyong Actyon Sports.

Sedikit paparan pada bahagian kabinnya, papan pemukanya kelihatan memiliki persamaan dengan model Exora.

Buat setakat ini, Proton belum mengesahkan adakah model konsep pikap ini akan diproduksi.

Proton Pickup Concept sedang dipertontonkan di bangunan Penyelidikan & Pembangunan (R&D), Pusat Kecemerlangan Proton (COE) Shah Alam sepanjang ALAMI Proton 2015 yang sedang berlangsung sehingga esok.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *