Mitsubishi Lancer 2016 tampil lebih bergaya

By  |  0 Comments

Mitsubishi_Lancer_2016_1

Mitsubishi telah pun memperkenalkan model facelift bagi Lancer. Tampil dengan imej yang lebih bergaya dan banyak elemen yang telah diperkemaskinikan, Lancer 2016 ini umpama membawakan sinar baharu bagi meneruskan legasinya.

Imej hadapannya yang lebih menarik dengan gril yang direka semula serta padanan lampu nyalaan siang LED standard. Lancer 2016 ini juga dilengkapi dengan kekemasan tambahan krom, roda yang direka semula serta penambahan warna palet termasuk Alloy Silver dan Diamond White Pearl.

Bahagian kabinnya juga ternyata lebih luas dan penampilan dalaman yang lebih elegan termasuk kekemasan kulit upholstery. Ia turut menampilkan banyak elemen yang telah diperkemaskini termasuk sistem navigagi, konsol tengah baharu dengan port USB.

Mitsubishi_Lancer_2016_22

Bgai varian tertinggi, ES, ia turut dilengkapi dengan elemen standard tambahan termasuklah sistem kawalan suhu automatik, paparan pelbagai-informasi berwarna dan sistem Bluetooth bebas-tangan FUSE.

Untuk Lancer 2016 ini juga, Mitsubishi masih mengekalkan enjin yang sama dengan model sebelumnya tetapi diberi transmisi CVT baharu dengan kotak gear CVT8 yang dikatakan mampu meningkatkan prestasi dan penjimatan bahan api yang lebih efisien.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *