Honda bakal memperkenalkan FCV versi produksi di Tokyo Motor Show 2015

By  |  0 Comments

Honda_FCV_1

Honda dijadualkan bakal memperkenalkan model kenderaan berkuasa sel bahan api (fuel-cell vehicle) FCV versi produksi di Tokyo Motor Show 2015 ini.

Buat setakat ini, FCV versi produksi ini masih mempunyai persamaan dengan model konsep yang pernah dipertontonkan di Detroit pada Januari lalu.

Model konsep tersebut memiliki rekaan luaran aerodinamik dengan garisan bumbung yang landai dan corong udara untuk mengurangkan daya seretan. Ia juga ditampilkan dengan lampu utama LED, roda aerodinamik dan bahagian belakang yang lebih bergaya.

Walau bagaimana pun, difahamkan bagi FCV produksi, ia ditampilkan dengan imej bahagian hadapan yang lebih menarik termasuk padanan lampu utama LED, gril ‘honeycomb’ dan lampu nyalaan siang LED berbentuk boomerang.

Selain itu, ia turut disertakan dengan dapra aliran hadapan, bumbung berwrna hitam dan penutup roda belakang.

Honda_FCV_2

Bahagian kabinnya juga telah diperkemaskinikan dengan rekaan yang lebih moden dan bergaya. Ini termasuklah tempat duduk balutan kulit, kekemasan kayuan dan sentuhan metalik. Honda FCV ini juga dipadankan dengan roda stereng tiga-jejari, sistem hiburan dengan kpnsep ‘terapung’ dan ruang dalaman yang lebih luas untuk kapasiti lima penumpang.

Buat setakat ini Honda masih berahsia tentang spesifikasi prestasinya, namun yang pasti ia ditampilkan dengan penjana kuasa sel bahan api yang boleh mencapai sehingga 700 km. FCV ini juga memiliki motor elektrik berkuasa tinggi yang mampu memberikan pengalaman pemanduan yang lebih memberangsangkan.

Model konsep Honda FCV

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *