Anak Paul Walker kemukakan saman terhadap Porsche

By  |  0 Comments

Paul_walker_daughter

Anak perempuan kepada aktor popular, mendiang Paul Walker, telah mengemukakan saman terhadap Porsche kerana berpendapat bapanya pasti masih hidup jika syarikat terbabit memasang ciri-ciri keselamatan yang betul di dalam Porsche Carrera GT yang terlibat dalam kemalangan ngeri pada 30 November 2013.

Kemalangan yang berlaku di Valencia, California, Amerika Syarikat itu telah mengorbankan nyawa Walker dan rakan yang bersamanya ketika itu, Roger Rodas, yang merupakan pelumba kereta profesional.

Meadow Rain Walker, 16 tahun, telah mengemukakan saman itu menerusi peguamnya, dengan pertuduhan Porsche kurang menitik beratkan soal keselamatan pada model kenderaannya dan Carrera GT turut pernah memiliki isu mengenai “ketidakstabilan & kawalan yang tidak mantap”.

Paul_Walker_accident

Malah turut mendakwa, Porsche “gagal untuk memasang sistem kawalan kestabilan elektronik yang sesuai digunakan untuk sportcar ini”. Malah pihak peguam yang dilantik turut menyatakan tali pinggang keledar yang dipakai oleh Walker telah mengakibatkan tulang rusuk dan pelviknya patah serta membuatkan aktor yang terkenal menerusi filem ‘Fast and Furios’ ini gagal keluar dari kenderaan terbabit yang turut terbakar.

Namun menurut Pegawai Penyiasat Jabatan Polis Los Angeles dan Peronda Lebuhraya California yang terbabit dalam siasatan ini berkata, punca sebenar kemalangan tersebut adalah disebabkan kenderaan tersebut dipandu dalam kelajuan yang tinggi, dan bukannya masalah kegagalan mekanikal.

Buat setakat ini, nilai saman yang dikemukakan oleh Meadow tidak didedahkan. Namun menurut laporan majalah People, sumber keluarga terdekat Meadow mendakwa saman ini bukan kerana wang tetapi kehilangan kasih sayang seorang bapa serta ia mendatangkan trauma yang teruk bagi gadis ini.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *