Ford pamer keprihatinan menerusi acara tahunan Ford Global Caring Month kali ke-10

By  |  0 Comments

Malaysia - GCM - Pic 2

Baru-baru ini, Ford Motor Company telah melancarkan satu inisiatif baharu yang mengukuhkan kedudukannya selaku peneraju dalam bidang khidmat masyarakat. Ia memberi peluang kepada para kakitangannya untuk meneroka minat yang kian menebal dalam kerja-kerja sukarelawan dan berhubung dengan orang ramai.

Ford dan Pengerusi Eksekutifnya, Bill Ford telah melancarkan ‘Cabaran Dunia yang Lebih Baik Bill Ford’, satu program geran global baharu yang akan menganugerahkan wang sehingga AS$500,000 setahun ke atas projek-projek khidmat masyarakat yang diikenal pasti oleh kakitangan Ford.

Program yang dibiayai oleh Ford dan Bill Ford itu akan bekerjasama dengan pihak Ford Volunteer Corps,rangkaian antarabangsa Ford yang mempunyai 30,000 orang sukarelawan yang meraikan ulang tahun ke-10 pada tahun ini.

Ford Volunteer Corps dilancarkan oleh Bill Ford pada tahun 2005 sebagai maklum balas kepada tsunami yang memberi impak besar kepada kawasan-kawasan di Lautan Hindi. Antara tugas awal yang dilaksanakan oleh Ford Volunteer Corps adalah usaha-usaha pembangunan semula.

Jangkauan dan khidmat masyarakat itu kemudian berkembang menjadi satu rangkaian global yang cukup mantap apabila 30,000 orang kakitangan terlibat dalam 1,600 projek sukarelawan di enam buah benua pada setiap tahun.

Sebagai sebahagian daripada Global Caring Month di Malaysia, Ford Motor Company baru-baru ini telah bekerjasama dengan Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO). Kakitangan Ford, bersama pasukan rakan pengedar Ford, Sime Darby Auto Connexion (SDAC) telah menyumbang masa dan tenaga mereka untuk menceriakan kawasan permainan kanak-kanak WAO dengan permainan-permainan baharu dan pembelian keperluan harian bernilai RM20,370.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *