Audi umum 2.1 juta enjin TDI bagi modelnya terlibat dalam skandal “defeat device”

By  |  0 Comments

Audi_A4_2.0_TDI

Audi telah mendedahkan sebanyak 2.1 juta kenderaan dieselnya yang terjual di seluruh dunia telah terbabit dalam skandal “defeat device” yang sedang hangat diperkatakan.

Minggu lalu, Volkswagen Group mengaku sebanyak 11 juta kenderaan telah dipasang dengan perisian ini, tetapi beberapa hari kemudian CEO bagi Kereta Penumpang Volkswagen, Dr. Herbert Diess, mengesahkan hanya 5 juta unit sahaja yang terlibat.

Setakat ini sebanyak 1.45 juta kenderaan Audi dengan enjin diesel Euro-5 terbabit di pasaran Eropah Barat, 577,000 di Jerman dan hampir 13,000 unit di Amerika Syarikat. Di mana model yang terlibat ialah A1, A3, A4, A5, A6, TT, Q3 dan Q5.

Buat masa ini, enjin berkapasiti besar iaitu 3.0 liter V6 turbodiesel masih disiasat sama ada turut terbabit dengan skandal ini atau pun tidak.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *