Ketua unit R&D Volkswagen, Audi & Porsche digantung tugas, nafi guna perisian “defeat device” dalam ujian emisi karbon

By  |  0 Comments

Audi2

Tiga ketua unit penyelidikan & pembangunan (R&D) dari Volkswagen, Audi dan Porsche telah digantung tugas ekoran skandal “defeat device”.

Menurut Reuters, Ketiga-tiga ketua unit tersebut iaitu Ulrich Hackenberg (Audi) bersama Heinz-Jakob Neusser (Volkswagen) dan Wolfgang Hatz (Porsche) telah sedang menjalani hukuman penggantungan tugas oleh lembaga penyelia siasatan skandal ini.

Walau pun telah digantung tugas, namun ketiga-tiga individu terbabit telah menafikan sekeras-kerasnya penggunaan perisian pengurusan enjin untuk enjin TDI seperti yang didakwa.

Sebelum ini, Bosch telah membuat pengakuan bahawa pihaknya yang membekalkan perisian terbabit kepada Volkswagen tetapi ia adalah kegunaan ketika ujian sahaja bukannya untuk kereta produksi.

Skandal ini turut memberikan impak yang besar terhadap kewangan syarikat-syarikat terbabit. Malah VAG turut memperuntukan sebanyak €6.5 bilion untuk membayar denda tersebut dan akan menyelesaikan masalah ini dengan kadar segera. Ia membabitkan lebih 11 juta unit kenderaan termasuk model Audi, Skoda, SEAT dan Porsche.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *