BMW X4 M40i lebih menguja

By  |  0 Comments

bmw-x4-m40i-0015-e1443264145921

Foto BMW X4 M40i telah pun mula bertebaran di Internet dan ternyata memiliki imej yang lebih menguja.

Dijangka bakal dilancarkan tidak lama lagi, BMW X4 M40i memiliki beberapa perbezaan berbanding model X4 dengan pakej M Sport yang pernah hadir di pasaran.

Ini termasuklah ditampilkan dengan kekemasan baharu pada bampar hadapan dan perumah cermin sisi baharu serta dipadankan dengan rim aloi bersaiz 19-inci. Pada bahagian belakangnya, ia turut menampilkan paip ekzos berkembar.

Manakala untuk bahagian kabinnya pula, BMW telah memberikan roda stereng tang lebih eksklusif berserta sill pintu dengan tertera perkataan X4 M40i.

SUV yang penuh sporty ini bakal dijanakan oleh enjin 3.0 liter enam-silinder turbo dengan hamburan kuasa 360 PS. Ia mampu dipacu dari 0-100 km/j dalam hanya 4.9 saat iaitu 0.6 saat lebih pantas berbanding X4 35i. Manakala kelajuan maksimum yang boleh dicapai ialah 250 km/j.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *