Porsche Panamera generasi kedua bakal ditampilkan di Geneva Motor Show 2016

By  |  0 Comments
Foto : Porsche Panamera Edition

Foto : Porsche Panamera Edition

Porsche telah mengesahkan perancangan untuk membawa model serba baharu Panamera untuk dipamerkan di Geneva Motor Show 2016 yang berlangsung pada Mac hadapan.

Menerusi temubual bersama IndianAutosBlog, perkara ini telah didedahkan oleh CEO Porsche sendiri, Matthias Muller. Walau bagaimana pun, beliau enggan mendedahkan perincian lebih lanjut mengenai generasi kedua Panamera ini.

Dalam masa yang sama, beliau turut mengesahkan Panamera 2016 ini bakal dipasarkan pada separuh masa kedua tahun yang sama.

Walau pun mengambil masa yang agak lama untuk membangunkannya, namun difahamkan Panamera 2016 ini pasti tidak akan mengecewakan. Tidak melakukan perubahan yang drastik, tetapi ia diberi suntikan yang lebih terkini dan bergaya berbanding model sebelumnya.

Difahamkan, Panamera 2016 ini bakal menggunakan platform MSB baharu dan mungkin akan mengalami pengurangan berat sekitar 91 kg, hasil penggunaan material keluli bertahanan tinggi serta alumnium.

Ia juga bakal dipadankan dengan enjin V6 dan V8 yang dibangunkan oleh Porsche sendiri.

Malah, kini Porsche turut dalam pembikinan model baharu Panamera S E-Hybrid yang bakal diperkenalkan tidak lama lagi.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *