Audi A4 1.8 TFSI terima pakej penambah baikan bernilai RM38k

By  |  0 Comments

Audi_A4_03-e1443156314436

Menerusi laman web rasmi Audi Malaysia, yang memaklumkan model Audi A4 1.8 TFSI kini telah ditawarkan pakej penambah baikan bernilai RM38,000. Di mana pembeli boleh memilih sama ada Technology Package atau S Line Competition Package.

Bagi Technology Package, ia didatangkan dengan lampu utama adaptif, kamera pandang belakang, sistem bunyi Bang & Olufsen, MMI Navigation Plus, Comfort Key dan rim aloi Audi Sport bersaiz 18-inci.

Audi_A4_01-e1443156342478

Manakala untuk S Line Competition Package pula, ia menawarkan tempat duduk sport balutan kulit Alcantara, bampar dengan rekaan eksklusif S Line Competition, rim aloi aluminium Audi Sport bersaiz 19-inci serta pakej penggayaan hitam berkilat. Sama seperti Technology Pack, ia turut didatangkan dengan sistem bunyi Bang & Olufsen dan Comfort Key.

Namu, ia tidak melibatkan sebarang perubahan pada sudut mekanikal. Audi A4 1.8 TFSI ini mampu memberikan kuasa sehingga 170 hp pada 3,800 hingga 6,200 rpm dan tork 320 Nm pada 1,400 hingga 3,700 rpm.

Model ini ditawarkan pada harga atas jalan RM239,000 (tanpa insurans).

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *