Volkswagen Malaysia tawar rebat tunai & bayaran bulanan percuma setahun

By  |  0 Comments

Volkswagen free monthly instalments

Volkswagen Group Malaysia telah menawarkan kempen pembiayaan menarik iaitu rebat tunai dan bayaran bulanan secara percuma selama setahun kepada para pelanggan di Malaysia.

Promosi yang bermula pada September ini melibatkan model Polo Sedan, Jetta, Passat, Tiguan dan CC pada harga yang sangat mampu milik. Rebat tunai bermula daripada RM9,000 sehingga RM25,000 untuk setiap model tersebut.

Sementara tawaran tiada bayaran bulanan selama 12 bulan boleh dinikmati oleh pelanggan yang membeli kenderaan di bawah pakej pinjaman kurang 7 tahun.

Volkswagen_Polo_GP_IK 001

Pengarah Urusan Volkswagen Group Malaysia, Armin Keller berkata, “Menerusi kempen ini, Volkswagen mahu memastikan rakyat Malaysia mempunyai peluang untuk memiliki kenderaan kami dan menikmati kejuruteraan terbaik Jerman. Sebab itulah kami telah mencipta satu tawaran baharu untuk para pembeli yang mahukan kereta yang berkualiti, selamat dan bergaya.”

Lima model iaitu Polo Sedan, Jetta, Passat, Tiguan, Volkswagen CC Sport dan Volkswagen CC Standard dilengkapi ciri-ciri keselamatan bertaraf dunia serta direka untuk prestasi yang dinamik. Kereta yang dibeli di bawah kempen ini akan menikmati jaminan dan mobiliti selama lima tahun. Ini merupakan salah satu alasan terbaik untuk memiliki sebuah kereta baharu Volkswagen sekarang.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *