VW & Audi boleh dikenakan denda RM18 bilion angkara menggunakan “defeat device” dalam ujian emisi karbon

By  |  0 Comments

Volkswagen_Polo_hatch_IK 014

Agensi Pelindungan Alam Sekitar (EPA) di Amerika Syarikat telah mengeluarkan pertuduhan terhadap Volkswagen dan Audi kerana menggunakan “defeat device” ketika menjalani ujian emisi karbon rasmi untuk sejumlah 482,000 unit model kedua-dua jenama ini.

Di mana perisian terbabit digunakan ketika menguji Volkswagen Beetle, Golf, Jetta dan Audi 3 bagi model buatan tahun 2009-2015 serta Volkswagen Passat 2014 dan 2015. Selepas itu, perisian terbabit telah dimatikan perantinya ketika pemanduan sebenar peringkat global.

Ini adalah penjelasan yang diberikan oleh EPA dan mereka berkata perisian itu telah membuatkan kesemua unit model terbabit mematuhi sepenuhnya standard emisi karbon sepenuhnya semasa menjalani ujian makmal. Tetapi sebenarnya, ia memiliki emisi nitrogen oksida melebihi 40 kali tahap yang dibenarkan.

Di bawah undang-undang persekutuan, EPA boleh mengenakan denda maksimum iaitu $37,500 bagi setiap kereta, di mana Volkswagen dan Audi berhadapan dengan jumlah denda sehingga RM18 bilion secara keseluruhan.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *