Perodua lancar varian Alza S & Myvi Premium XS

By  |  0 Comments

Perodua telah melancarkan varian baharu bagi model Alza dan Myvi sebagai menambahkan lagi variasi kepada para pengguna. Ia sudah pun berada di semua bilik pameran Perodua di seluruh negara mulai 19 Sept iaitu hari ini.

Perodua Alza S yang diperkenalkan adalah bagi menggantikan varian Alza standard, telah menerima suntikan gaya yang lebih menawan. Ia didatangkan dengan skirting hadapan, sisi dan belakang, spoiler belakang, lampu belakang berlensa cerah dan lampu kabus depan. Ia juga ditawarkan dengan warna baharu iaitu Electric Blue.

Bagi bahagian kabinnya pula, ia didatangkan dengan stereng kemasan kulit bersama butang audio, audio dengan sambungan USB dan Bluetooth serta panel meter dengan pencahayaan putih.

Sementara bagi Myvi pula, varian Myvi Premium XS 1.3 pastinya menjadi tumpuan kerana ia ditampilkan dengan imej yang lebih sporty dengan padanan skirting depan, sisi dan belakang GearUp. Ia juga turut dipadankan dengan lampu utama projektor dengan lampu panduan.

Manakala bagi bahagian kabinnya, ia dilengkapi dengan rekaan fabrik tempat duduk baharu dengan kemasan dalaman berwarna gelap.

“Walau pun terdapat perubahan elemen, namun Alza S ini ditawarkan dengan harga yang sama dengan varian standard Alza. Manakala bagi Myvi Premium XS 1.3 pula ditawarkan dengan harga yang cukup berpatutan, “ujar Presiden & CEO Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh.

Alza S dengan warna solid ditawarkan pada harga RM52,332 untuk manual dan RM55,332 bagi automatik. Manakala bagi Myvi Premium XS 1.3 pula, bagi warna solid berharga RM48,862.16 dan hanya boleh didapati dengan transmisi automatik sahaja. Harga ini adalah untuk Semenanjung Malaysia sahaja.

Kedua-duanya didatangkan dengan waranti selama lima tahun, sama seperti model Perodua yang lain.

Perodua Alza S

Perodua Myvi Premium XS 1.3

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *