Audi S4 & S4 Avant tampil dengan enjin 3.0 TFSI V6 baharu

By  |  0 Comments

Audi S4

Audi telah melancarkan dua model baharunya iaitu S4 sedan dan S4 Avant di Frankfurt Motor Show 2015 yang sedang berlangsung sekarang.

Kedua-duanya berkongsi penjana kuasa yang sama iaitu enjin 3.0 TFSI V6 baharu. Ia menggandingkan kuasa antara 354 PS dan tork setingga 500 Nm untuk memberikan prestasi yang lebih optimum.

Di samping itu, Audi turut meyakinkan umum bahawa enjin ini adalah lebih berkuasa berbanding sebelumnya dan dalam masa yang sama turut memberikan penjimatan bahan api yang lebih efisien.

Enjin ini telah dipadankan dengan transmisi tiptronic lapan-kelajuan baharu yang menambah kelancaran penukaran gear serta membantu penjimatan bahan api.

Audi S4

Bagi Audi S4 sedan, ia mampu dipacu dari 0-100 km/j dalam hanya 4.7 saat dan kelajuan maksimum yang boleh dicapai ialah 250 km/j. Bagi penggunaan bahan apinya pula, dianggarkan sekitar 7.4 liter bagi setiap 100 km dan emisi karbon dioksida (CO2) pula ialah 170 g per km.

Segala kuasanya juga disalurkan ke sistem pacuan semua-roda quattro dengan 60% daripada tork adalah untuk roda belakang. Bergantung pada situasi, ia juga boleh menyalurkan 70% kuasa pada gandar hadapan atau lebih 85% pada roda belakang, mengikut keadaan jalan dan juga kelajuan kenderaan.

Cockpit

Cockpit

Menjengah bahagian kabin, ia dilengkapi dengan tempat duduk Sport S dan dibaluti material kulit Nappa mutiara dan Alcantara. Ia juga ditampilkan dengan kekemasan iluminasi pada pintu sil dengan logo “S4”, bertahtakan aluminium dan pilihan kluster instrumen digital bersaiz 12.3-inci.

Lampu utama LED adalah standard, tetapi boleh memilih lampu utama LED matrix dengan kos tambahan.

Kedua-dua varian dijangka mula dijual pada awal tahun hadapan.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *