Jaguar F-PACE First Edition terhad untuk 2,000 unit sahaja

By  |  0 Comments

Jaguar_F_Pace_1

Jaguar telah pun mendedahkan perician baharu mengenai F-PACE First Edition.

Direka bagi memberi penghormatan buat model konsep C-X17, First Edition ini menampilkan lampu utama LED, kit badan S dan rim aloi Double Helix bersaiz 22-inci. Ia turut menampilkan kaliper brek berwarna merah dan bumbung panoramik kaca.

Selain itu, model ini turut boleh didapati dengan dua warna pilihan Rhodium Silver dan Ultimate Black serta dua warna bayangan iaitu Coesium Blue dan Halycon Gold.

Jaguar_F_Pace_2

Buat setakat ini, Jaguar masih belum bersedia menyebarkan imej dalamannya, namun mengesahkan ia bakal dilengkapi dengan tempat duduk sport balutan kulit Windsor, kekemasan hitam berkilat dan karpet lantai istimewa.

Ia turut didatangkan dengan plat sill iluminasi, mood pencahayaan boleh laras dan sistem infotainmen InControl Touch Pro.

Di bawah hudnya, ia ditawarkan dengan dua pilihan enjin. Enjin diesel 3.0 liter V6 mampu menghasilkan kuasa sehingga 300 PS, manakala enjin petrol 3.0 liter supercharged V6 pula berkeupayaan menghamburkan sehingga 380 PS.

Kedua-dua enjin turut dipadankan dengan transmisi automatik lapan-kelajuan dan sistem pacuan semua-roda standard.

F-PACE First Edition ini dijadual bakal dipasarkan tahun hadapan dan produksinya hanya terhad dengan 2,000 unit sahaja.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *