Proton Perdana 2016 didedahkan di dalam klip filem Kapsul?

By  |  0 Comments

2016-PROTON-PERDANA-KAPSUL-2

Seperti mana yang diketahui umum akan penampilan khas Tun Dr Mahathir Mohamed (Tun M) di dalam filem Kapsul arahan Allahyarhaym Martias Ali, yang mula ditayangkan hari ini, kelihatan Proton Perdana 2016 turut ‘didedahkan’. Ia jelas kelihatan menerusi klip promo filem ini di laman Facebook rasmi Kapsul.

Menerusi klip promo ini, kelihatan lebih jelas imej Perdana 2016 yang memang tampil berbeza dengan Honda Accord yang ‘dipinjamkan’. Bukan itu sahaja, LED turut ditampilkan pada lampu utama dan lampu belakang, dengan lampu brek ketiga yang disambungkan pada boot lid.

2016-PROTON-PERDANA-KAPSUL-1

Jaluran krom yang lebih tebal juga mendominasi boot lid, manakala plat nombor pula diletakkan di bahagian bampar belakang.

Kelihatan lebih bergaya dan eksklusif, ia masih mengekalkan nama ‘Perdana’ dengan logonya yang terdapat pada bahagian belakang.

Memang tidak sabar untuk menonton filem Kapsul dan dalam masa yang sama, debaran menantikan Perdana 2016 ini kian melonjak.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *