Kia Optima GT menzahirkan sifat maskulin & penuh energi

By  |  0 Comments

Kia Optima GT - 1

Kia Motors Europe telah mendedahkan model berprestasi tinggi KIa Optima GT serba baharu yang bakal memasuki pasaran Eropah pada tahun hadapan.

Kia Optima GT dipertontonkan buat pertama kali hari ini di Frankfurt International Motor Show (IAA) 2015 sebagai model prototaip.

Dengan rekaan luaran dan dalaman yang atletik, ia seakan memberikan isyarat bakal menerajui segmen-D, sekali gus memberikan saingan hebat buat para pesaingnya. Kia memberitahu, model produksinya bakal ditampilkan dengan gril ‘hidung harimau’ yang direka semula, penggayaan yang lebih elegan dan juga rim rekaan baharu.

Pada bahagian kabinnya,ia juga dinaik taraf menjadi lebih elegan dengan sedikit tempias elemen kemewahan dan premium. Malah ia juga menzahirkan sedikit karakter sporty buat jentera ini.

Kia Optima GT - 2

Model ini dibangunkan secara kerjasama dengan pusat R&D Kia di Namyang, Korea dan Rüsselsheim, Jerman. Sedan sport ini turut dibangunkan untuk kesesuaian dan ekspektasi dinamik yang diperlukan oleh pemandu di Eropah.

Bagi pengendalian dan prestasinya, ia ditala khas mengikut penampilan Optima GT yang kelihatan lebih maskulin.

Disesuaikan mengikut kejuruteraan jalan di Eropah, Optima GT ini turut menampilkan pelarasan suspensi yang unik berbanding varian Optima yang lain. Malah ia juga dilengkapi dengan sistem Suspensi Kawalan Elektronik untuk menyalurkan kesan redaman bagi setiap roda.

Ia juga dilengkapi dengan cakera brek yang lebih besar serta stereng berkuasa R-MDPS bagi menambah prestasi dinamik Optima GT ini.

Optima GT ini bakal dijanakan oleh enjin 2.0 liter T-GDI namun masuh belum didedahkan lagi perincian mekanikalnya.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *