VIDEO : Tun M & Proton Perdana baharu tampil khas dalam filem Kapsul

By  |  0 Comments

Proton-Perdana-Filem-Kapsul-01

Menerusi filem ‘Kapsul’ yang bakal ditayangkan di pawagan seluruh negara mulai 17 Sept ini, Tun Dr Mahathir Mohamed (Tun M) turut membuat penampilan khas di dalam karya arahan Martias Ali ini.

Malah menerusi klip promo filem ini, jelas kelihatan Tun M turut memandu Proton Perdana baharu. Sedikit sudut Perdana baharu itu ditampilkan termasuk bahagian hadapan dan sisi. Kelihatan agak berlainan berbanding dengan model Honda Accord yang pernah ‘dipinjamkan’ untuk kegunaan rasmi kerajaan Malaysia.

Proton-Perdana-Filem-Kapsul-02

Melihat cermin hadapannya, kelihatan tiang-C pada Perdana ini berlainan daripada model Accord (yang kelihatan sedikit kecil). Ini bermakna Perdana baharu ini memiliki kerangka yang lebih unik. Malah kelihatan cermin sisi baharu berserta indikator turut ditampilkan.

Selain itu, sedikit bahagian kabin turut kelihatan dan ia terbentang dengan kekemasan berwarna putih. Dan mungkin juga ia bakal ditampilkan dengan cermin pandang belakang anti-silau seperti mana yang kelihatan pada klip video terbabit?

Mengikut apa yang Proton pernah maklumkan, fasa kedua Perdana ini dijadualkan akan dilancarkan pada tahun 2016. Kemungkinan besar ia menggunakan penjana kuasa Honda (atau Proton sudah bersedia dengan enjin serba baharu?).

Nantikan perkembangan selanjutnya!

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *