Volkswagen memperkenalkan model konsep Tiguan GTE Plug-in Hybrid di Frankfurt

By  |  0 Comments

VW_Tiguan_GTE_Concept_5

Selepas menyebarkan foto lakaran Tiguan baharu yang menggunakan enjin konvensional, Volkswagen telah mendedahkan model konsep Tiguan GTE Plug-in Hybrid pula.

Model konsep Tiguan GTE ini menggunakan enjin 1.4 TSI dengan kuasa 156 PS bersama janaan motor elektrik yang kedua-duanya mampu menghasilkan kuasa sehingga 218 PS.

Motor elektrik ini turut disambungkan pada kotak gear klac-berkembar enam-kelajuan, sementara pek bateri lithium-ion berkuasa 13 kWh mampu digunaakn sejauh 50 km. Bateri ini boleh dicas termasuk menggunakan panel solar yang mampu menyalurkan kuasa sehingga 1,000 km.

VW_Tiguan_GTE_Concept_9

Apabila beroperasi dalam mod hibrid, Tiguan GTE ini hanya menggunakan sekitar 1.9 liter bahan api bagi setiap 100 km dengan emisi karbon dioksida hanya 42 g/km.

Apabila butang GTE digunakan, ia akan membuka semua kuasa dan jentera ini hanya memerlukan sekitar 8.1 saat untuk dipacu dari 0-100 km/j dengan kelajuan maksimum sehingga 200 km/j (jika menggunakan mod elektrik, kelajuan maksimum sekitar 130 km/j).

Buat masa ini, Volkswagen belum memperkatakan tentang model versi produksi. Model konsep ini bakal dipertontonkan di Frankfurt Motor Show 2015.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *