Pemenang peraduan ‘Beli & Menang di Jelajah Toyota WOW’ diraikan

By  |  0 Comments

WOW 01_Ms Leong Yee Yin from Penang with her Vios J (AT)

Baru-baru ini, UMW Toyota Motor telah meraikan tiga orang pemenang peraduan ‘Beli & Menang’ yang dianjurkan di sepanjang siri jelajah Toyota WOW pada Mei hingga Jun lalu.

Pemenang dipilih menerusi peraduan yang mereka sertai selepas membeli mana-mana model Toyota dalam siri jelajah tersebut. Siri jelajah Toyota WOW telah diadakan di enam lokasi termasuk Juru Astro City Penang, East Coast Mall Kuantan, Stadium Bukit Jalil, Sutera Mall Johor Bharu, Stadium Likas Kota Kinabalu, dan Batu Kawa Kuching.

Seorang pembeli model Vios J (AT) di siri jelajah yang berlangsung di Pulau Pinang, Leong Yeen Yin, telah dipilih antara tiga pemenang bertuah.

Manakala lagi dua pemenang pula, Hei Lay Tin dari Johor Bahru, telah membeli Vios G serta Lau Er Kheng pula memilih Camry Hbyrid sebagai kereta baharunya.

Ketiga-tiga pemenang menerima hadiah berupa seunit model Vios J (AT).

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *