Proton Iriz EV dipamerkan di IGEM yang sedang berlangsung

By  |  0 Comments

Proton_Iriz_EV 009

International Greentech & Eco Products Exhibition and Conference Malaysia (IGEM) 2015 yang sedang berlangsung di KL Convention Centre turut mempamerkan model Proton Iriz EV.

Walau pun daripada sudut luarannya, ia tidak ada perbezaan dengan versi biasa, namun pastinya ada yang membezakannya di bawah hudnya. Iriz EV ini dikuasakan oleh motor elektrik magnet AC yang memberikannya janaan tenaga sehingga 155 hp dan tork 360 Nm.

Motor elektrik yang dibangunkan oleh LG ini merupakan bateri lithium-ion polimer 39.6 kWh yang membolehkan Iriz EV ini dipacu dari 0-100 km/j kurang dari sembilan saat dengan kelajuan maksimum yang boleh dicapai ialah 150 km/j.

Selain itu, ia juga dikatakan mampu dicas dengan cepat menggunakan pegecas berkuasa besar sehingga 50 kW dan hanya 6.6 kW dengan sistem pengecas biasa.

Menurut kitaran ujian NEDC, Iriz EV ini didakwa mampu dipacu sehingga 300 km dengan bateri motor elektrik penuh. Selain itu, kenderaan elektrik ini juga memiliki berat sehingga 1,380 kg iaitu 195 kg lebih berat berbanding model standard Iriz 1.6L.

Pada Oktober 2014 lalu, CEO Institut Automotif Malaysia (MAI), Madani Sahari berkata, salah satu daripada dua model EV yang dibangunkan oleh Malaysia ini boleh dijual pada harga di bawah RM100,000. Dan jika mengikut perancangan asal, Iriz EV ini kemungkinan besar akan berada di pasaran pada akhir 2016 atau awal 2017.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *