Cabaran Toyota Eco Youth 2014 bermula

By  |  0 Comments

1. Group photo with 16 partication schools and the VIPs

Sejak 14 tahun yang lalu, UMW Toyota Motor (UMWT) aktif menganjurkan program alam sekitar yang melibatkan pembabitan pelajar-pelajar sekolah seluruh negara iaitu Toyota Eco Youth (TEY). Semalam UMWT telah pun melancarkan program ini bagi tahun 2014 yang melibatkan 16 buah sekolah.

Aktiviti tanggungjawab sosial korporat UMWT ini telah pun disempurnakan perasmiannya oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Datuk Dr Khair Mohamad Yusof bersama Presiden UMW Toyota Motor, Datuk Ismet Suki.

Bagi merancakkan lagi saingan tahun ini, UMW Toyota Motor mengumumkan pertambahan nilai hadiah wang tunai yang ditawarkan. Sekolah yang merangkul juara tahun ini akan menerima hadiah utama sejumlah RM10,000, tempat kedua RM7,000 dan tempat ketiga RM5,000.

Menurut Datuk Ismet, pertambahan hadiah berupa wang tunai berkenaan bertujuan untuk merangsang dan membakar semangat semua peserta agar berupaya untuk menampilkan idea-idea kreatif dan berinovasi mapan serta mempunyai nilai pasaran untuk bertahan dan memberi manfaat kepada alam sekitar.

Matlamat utamanya adalah untuk memperkasa para pelajar untuk meningkatkan kemahiran berfikir secara kritikal pelajar melalui penerapan Kaedah Penyelesaian Masalah 8 Peringkat yang dipelopori Toyota, supaya pelajar-pelajar yang terlibat ini nanti membesar sebagai penggerak masyarakat setempat disekitar mereka dan berupaya untuk mencari penyelesaian sendiri yang sekaligus akan mengurangkan kebergantungan kepada pihak lain.

Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Datuk Dr Khair Mohamad Yusof turut menyokong usaha UMW Toyota dalam menganjurkan program ini yang dilihat mampu untuk mengubah tanggapan individu dan masyarakat disekitarnya terhadap kepentingan memelihara alam. Kebanyakan elemen yang terkandung di dalam program ini turut selari dengan perancangan yang digariskan di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia yang sedang dilaksanakan kini hingga 2025.

Para pelajar yang menyertai TEY ini akan ditugaskan untuk mencari penyelesaian kreatif dan prakatikal terhadap masalah alam sekitar yang dihadapi oleh komuniti disekitar mereka serta memimpin orang ramai di dalam usaha berkenaan.

Mereka juga perlu mendokumentasikan setiap pengalaman mereka sepanjang mengikuti program TEY ini menerusi catatan di blog, bertujuan untuk meraih sokongan dan publisiti. Ini termasuk di dalam perkara yang perlu dipersembahkan di dalam majlis penutup yang bakal berlangsung hujung tahun nanti. Markah akan diberikan terhadap aspek pengurusan projek, kandungan blog, persembahan akhir dan kesan terhadap mereka yang terlibat.

Selamat maju jaya ya adik-adik!

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *