Nissan Almera kini menerima talaan NISMO – pakej berharga antara RM8,000 ke RM13,000

By  |  1 Comment

Almera NISMO Launch

Nissan memang terkenal dengan pakej prestasi yang bukan sahaja mampu memberikan lebih kuasa terhadap jenteranya, malah menyerlahkan lagi gaya paras rupanya. Selain daripada Impul, Nissan juga cukup sinonim dengan NISMO iaitu jenama sukan bermotor dan penala kereta berprestasi untuk kenderaan Nissan. Kedua-duanya turut menawarkan pakej prestasi yang bukan sahaja mampu memantapkan lagi kuasa jentera dan meningkatkan daya pengendalian, malah menyerlahkan paras rupanya.

Sebagaimana mahu memuaskan kehendak para pelanggan, Edaran Tan Chong Motor (ETCM) telah pun memperkenalkan pakej prestasi bagi Nissan Almera. Menampilkan penambahbaikan yang lebih eksklusif, kini pengguna sudah boleh mendapatkan Nissan Almera NISMO yang lebih berdinamik dan tampil tersendiri. Cukup sesuai dengan strategi NISMO sendiri iaitu ‘Inovasi dan keterujaan memandu untuk peminat kereta’ yang bukan sahaja memfokuskan pada keseronokan pemanduan, bahkan tidak mengenepikan aspek keselamatan.

Untuk Almera NISMO ini, pakej aerokit baharu telah dihasilkan bagi menambahkan keupayaan yang sedia ada terhadap aerodinamik jentera ini. Pakej ini didatangkan dengan dua pilihan iaitu Pakej Prestasi NISMO dan Pakej Aero NISMO bagi empat varian Almera yang ditawarkan dengan warna seperti Brilliant White, Diamond Black, Tungsten Silver dan Bronze Gold.

IMG_8322

Bagi Pakej Prestasi NISMO, ia didatangkan dengan lima komponen Aerokit iaitu spoiler untuk bampar depan dan belakang, skirt sisi, trunk lid spoiler, rim aloi NISMO bersaiz 16 inci yang membaluti tayar Continental, peredam ekzos sport NISMO dan sistem suspensi prestasi NISMO bagi meningkatkan aspek cengkaman dan menyerlahkan lagi pengendaliannya di atas jalan. Jika berminat, pemilik Almera boleh memilih pakej yang bernilai RM13,000 ini.

Manakala bagi Pakej Aero NISMO yang berharga RM8,000 pula terdiri daripada empat set rim aloi NISMO bersaiz 16 inci dengan tayar Continental.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *