Proton tingkatkan pengeluaran model Persona di Tanjung Malim

By  |  0 Comments

persona-2

Proton telah mengumumkan peningkatan produksi bagi Persona telah dilaksanakan bagi memenuhi permintaan tempahan model ini. Syarikat ini turut berkata, jadual produksi di kilang pengeluarannya yang terletak di Tanjung Malim, Perak, juga telah dilaraskan semula, selepas menaik taraf dan membaik pulih beberapa barisan pengeluaran di kilang berkenaan.

Produksi bagi model ini telah ditingkatkan sejak beberapa bulan yang lalu bagi memenuhi permintaan tempahan sehingga hujung tahun ini. Proton turut menambah, permintaan dari para pengedar di seluruh negara turut meningkat dan tempoh masa menunggu telah ditetapkan hanya sebulan.

persona-3

“Berdasarkan sambutan pasaran, kami mendapati ia memiliki permintaan yang kukuh untuk model sedan. Berdasarkan permintaan ini, kami mengambil keputusan untuk meningkatkan lagi produksi selepas kerja pembaik pulih kilang selesai,” ujar CEO Proton Datuk Abdul Harith Abdullah.

Beliau turut menambah, kejatuhan nilai Ringgit turut menyumbang faktor permintaan yang meningkat terhadap kereta buatan tempatan dan ini turut mendorong lebih ramai rakyat Malaysia untuk memilih kereta ini memandangkan ia memiliki ruang yang memuaskan, penjimatan bahan api dan kos penyelenggaran yang rendah.

Proton telah melancarkan model Persona pada Ogos 2007 dan telah berjaya terjual sebanyak 265,882 unit sehingga 31 Ogos tahun ini. Kini ia boleh didapati dalam dua varian iaitu Persona Super Value (SV) dan Persona Executive.

Tahun hadapan, Proton direncanakan bakal memperkenalkan tiga model baharu, termasuklah bagi Saga, Persona dan Perdana.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *