GALERI : Kia Sportage 2WD tampil dengan elemen tersendiri

By  |  0 Comments

Kia_Sportage_2WD 002

Pada 2 September lalu, Naza Kia telah memperkenalkan satu lagi variasi kenderaan utiliti sukan (SUV) di pasaran tempatan iaitu Kia Sportage 2WD.

Ia menawarkan tiga pilihan warna iaitu Clear White, Bright Silver dan Mineral Silver pada harga atas jalan RM118, 888 termasuk insurans, RM19,000 lebih murah berbanding model AWD.

Apa yang ditampilkan pada Kia Sportage 2WD ini?

Bahagian hadapannya diserikan dengan penampilan gril radiator ‘tiger nose’ dan lampu utama hadapan yang runcing dengan panduan pencahayaan LED serta lampu kabus.

Selain itu, ia turut menampilkan rekaan bumbung bertulang, pemegang pintu besar, cermin sisi besar dan rim aloi 17-inci.

Untuk bahagian kabinnya pula, antara elemen yang ditampilkan termasuklah kemasan stering kulit, Motor Driven Power Steering (MDPS), tempat duduk belakang yang boleh dibaringkan, kawalan kelajuan auto dan bantuan sistem pengesan di bahagian belakang kereta.

Selain itu, ia turut menampilkan sistem audio berjenama “Infitiny” dengan tujuh pembesar suara termasuk subwoofer, sistem pencahayaan pengiring, stereng boleh laras, paparan kamera belakang dan sistem audio Radio/ CD/ MP3 yang boleh dikendalikan menerusi butang kawalan pada stereng.

Dengan harga yang jauh lebih rendah berbanding model AWD, ini bermakna varian ini tidak ditampilkan dengan Bluetooth, bumbung matahari, kemasukan tanpa kunci, butang penghidup enjin dan roda stereng Flex Steer. Malah penghawa dinginnya juga secara manual, bukan automatik zon-berkembar.

Bagi aspek keselamatan pula, ia didatangkan dengan enam beg udara, Program Kestabilan Elektronik (ESP) yang merangkumi Sistem Brek Anti-Kekunci (ABS), Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC), Pengurusan Kestabilan Kenderaan (VSM), Sistem Bantuan Kawalan Awal Pendakian (HAC), dan sistem Kawalan Brek Menuruni Bukit (DBC).

Bagi penjana kuasanya, Sportage 2WD ini dipadankan dengan enjin multi-point injection (MPI) 2.0-liter Nu yang mampu menghasilkan sehingga 154 PS dan tork 191 Nm atau 4,700 RPM dengan transmisi automatik enam-kelajuan.

Nah! Galeri khas untuk Sportage 2WD. Mungkin ia pilihan terbaik untuk anda yang sedang tercari-cari SUV bajet sederhana sebegini.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *