Volkswagen Polo Trophy diperkenalkan di KL – Hanya 100 unit terhad & harga RM90k

By  |  0 Comments

VW_Polo_Trophy_2

Mei lalu, Volkswagen Group Malaysia (VGM) telah memperkenalkan model facelift bagi Polo 1.6 bagi varian hatchback dan sedan.

Hari ini sempena dengan ‘Volkswagen Polo Rally Weekend’ yang sedang berlangsung sepanjang hujung minggu ini di Setia Alam Convention Centre, VGM mengambil kesempatan ini untuk melancarkan Volkswagen Polo Trophy. Ia ditawarkan dengan 100 unit edisi terhad sahaja.

Edisi terhad Polo Trophy ini adalah dihasilkan sempena kejayaan Volkswagen dalam arena Kejohanan Rali Dunia (WRC).

Dengan harga atas jalan RM89,888 seunit, elemen istimewa yang ditampilkan ialah pelekat jaluran berwarna biru pada sisi dan hud hadapan serta pilihan warna hitam bagi spoiler belakang dan perumah cermin sisi yang diinspirasikan daripada sukan rali.

Polo Trophy turut dilengkapi sistem navigasi setelit, filem tingkap dan cermin sisi yang kontras.

Manakala bagi bahagian kabinnya, elemen baharu yang ditampilkan ialah unit kepala Blaupunkt Philadelphia 835 skrin sesentuh tujuh-inci.

Selain itu, ia tidak menampilkan lain-lain perubahan termasuklah sudut mekanikalnya dan masih sama dengan model Polo yang sedia ada di pasaran.

Polo_LE_18

Ini termasuklah pada rekaan luaran yang masih sama iaitu bampar hadapan yang direka bentuk semula serta menampilkan corong udara yang direndahkan sedikit. Gril hadapan dengan jaluran krom turut ditampilkan bagi imej yang lebih menonjolkan imejnya. Manakala lampu utamanya juga memiliki penampilan yang lebih segar.

Malah lampu belakangnya juga menerima rekaan baharu dengan bampar yang telah diprofilkan semula lengkap dengan reflektor pada sudut bawah.

Bagi bahagian kabin, selain unit kepala baharu, ia turut dilengkapi dengan roda stereng inspirasi Golf MK7 dengan butang kawalan telefon, konsol tengah yang diperkemaskan, tempat duduk balutan fabrik baharu dengan paten upholstery, empat pembesar suara, kawalan kelajuan dan zon tunggal penghawa dingin auto.

Seperti mana yang dinyatakan, ia masih menggunakan penjana kuasa yang sama iaitu enjin 1.6 liter bersama teknologi Multi Point Injection (MPI) yang menghasilkan kuasa maksimum 105 PS pada 5,250 rpm dan puncak tork 153 Nm pada 3,800 rpm. Ia digabungkan dengan transmisi automatik enam-kelajuan.

VW_Polo_Trophy_1

Acara ‘Volkswagen Polo Rally Weekend’ ini turut diserikan dengan kehadiran pemandu Kejohanan Rali Dunia Volkswagen, Jari-Matti Latvala dan pembantunya Miikka Anttila.

Latvala dan Anttila berada di Kuala Lumpur untuk bertemu peminat, serta melancarkan Polo Trophy ini.

“Kami bangga dengan kehadiran Jari-Matti Latvala dan Miikka Anttila dalam majlis pelancaran edisi terhad Polo Trophy yang direka khas untuk rakyat Malaysia serta para peminat WRC,” ujar Pengarah Urusan Volkswagen Group Malaysia, Armin Keller pada majlis pelancaran ini.

Latvala juga memberi pengalaman berharga kepada 60 orang tetamu bertuah termasuklah rakan media, pelanggan dan pemenang peraduan facebook Volkswagen. Pemandu berusia 30 tahun itu membawa mereka semua merasai aksi pemanduan tepat dan belokan pantas yang mendebarkan di sekitar litar menggunakan Polo biasa.

Sebelum beredar, Latvala yang kini berada di ranking ke-2 dalam arena WRC turut menyahut cabaran ratu drift, Leona Chin. Cabaran itu menjadi viral di laman Facebook Liona seminggu sebelum Latvala tiba di Malaysia.

Cabaran catatan masa (time attack) ini menyaksikan mereka berdua bersaing sengit dalam litar gymkhana. Mereka nyata bersungguh-sungguh untuk membuktikan siapakan yang boleh memandu Polo dengan lebih baik dan laju.

Acara ini diteruskan sepanjang hujung minggu untuk orang ramai mengunjunginya. Mereka boleh menaiki kenderaan yang dipandu oleh dua orang drifter wanita terkenal Malaysia iaitu Leona dan Azrina Jane Abdullah. Peminat jentera rangkaian model berprestasi tinggi tinggi Volkswagen juga berpeluang menikmati penjimatan sehingga RM30,000 apabila membeli Golf GTI, Golf R dan Scirocco R hingga 30 September 2015.

Galeri Volkswagen Polo 1.6 hatchback

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *