SsangYong bakal pamer Tivoli diesel bersama model konsep XLV-Air & XAV-Adventure di Frankfurt

By  |  0 Comments

AKR6A3961_3

SsangYong Motor Company telah mengesahkan bakal memperkenalkan model SUV pintar iaitu Tivoli versi diesel di Frankfurt Motor Show 2015. Turut bakal dipamerkan termasuklah dua model konsep yang menggunakan platform Tivoli iaitu XLV-Air dan XAV-Adventure.

Tivoli versi diesel dijanakan oleh enjin 1.6 liter Euro 6 yang menawarkan prestasi memberangsangkan, di samping memiliki sifat mesra alam dan pemanduan yang lebih senyap. Ia boleh didapati dengan pilihan transmisi sama ada manual atau automotik serta memiliki dua pilihan sistem pemanduan iaitu 2WD dan 4WD.

XLV AIR_front

Bagi model konsep XLV-Air (Kenderaan Gaya Hidup Pintar Menarik) merupakan model pra-produksi yang menggunakan platform Tivoli dna dijangka bakal dilancarkan awal tahun hadapan.

Model SUV ini turut menawarkan ruang simpanan yang besar dan mempunyai dua pilihan penjana kuasa iaitu 1.6 liter petrol atau diesel. Ia juga bakal dipadankan dengan transmisi automatik (Aisin) enam-kelajuan atau manual, serta sistem pacuan dua- atau empat-roda.

XAV ADVENTURE_front

Manakala bagi XAV-Adventure pula, ia merupakan model konsep SUV kompak terkini dari SsangYong dan pentafsiran semula dari jenama ikonik Korando. Digambarkan sebagai sebuah SUV yang moden dan memiliki sentuhan penuh maskulin.

Ia disasarkan buat generasi muda dan aktif. XAV-Adventure menawarkan keupayaan pemanduan termasuk off-road yang bertenaga dan berprestasi.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *