PLUS umum penutupan sementara R&R Tapah selama tujuh bulan mulai 3 Sept ini

By  |  0 Comments

Screen Shot 2015-09-02 at 13.25.27

Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Tapah di kedua-dua arah di Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) iaitu di KM331.2 Lebuhraya Utara-Selatan akan ditutup selama tujuh bulan mulai Khamis ini bagi kerja-kerja menaik taraf..

PLUS berkata penutupannya bermula 3 Sept hingga 16 April tahun depan bagi menaik taraf gerai makanan dan minuman serta medan selera sedia ada.

Bagaimanapun restoran, tandas awam, gerai buah-buahan, surau, kawasan meletak kenderaan serta stesen minyak masih dibuka seperti biasa.

PLUS turut memaklumkan penutupan sementara beberapa kawasan R&R bagi kerja-kerja penyelenggaraan.

Kawasan R&R yang ditutup mulai hari ini ialah R&R Machap arah utara, R&R Macahap arah selatan dan R&R Dengkil arah selatan pada Selasa, R&R Pagoh arah selatan dan R&R dengkil arah utara pada 9 Sept ini.

Walau bagaimana pun, stesen minyak bagi semua R&R yang ditutup itu masih beroperasi seperti biasa.

Sumber foto : Laman web PLUS

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *