Toyota Prius 2016 bakal muncul pada 8 Sept ini di Frankfurt Motor Show

By  |  0 Comments

Toyota_Prius_2016

Toyota telah mendedahkan perancangan mereka bagi memeriahkan lagi Frankfurt Motor Show 2015 ini. Pastinya kehadiran model baharu Prius antara yang dinanti-nantikan. Maka, Toyota telah mengesahkan model tersebut bakal melakukan penampilan perdana pada 8 September ini.

Selain itu, Toyota juga akan memperkenalkan model konsep C-HR iaitu jentera hibrid yang dikatakan bakal diproduksikan tidak lama lagi.

Bukan itu sahaja, pengeluar kenderaan ini juga turut mengambil kesempatan menampilkan model RAV4 Hybrid di pentas yang sama, selain memperkenalkan Toyota Safety Sense termasuk sistem Pengesan Pejalan Kaki dan Kawalan Kelajuan Adaptif.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *