Kia Sportage 2WD dilancarkan – Enjin 2.0L & harga RM119k

By  |  0 Comments

Sportage_2WD_1

Selepas melancarkan Rio 5-pintu pada Mei lalu, Naza Kia Malaysia telah memperkenalkan satu lagi variasi kenderaan utiliti sukan (SUV) di pasaran tempatan iaitu Kia Sportage 2WD.

Seperti mana Sportage AWD, spesifikasi Sportage 2WD juga adalah di antara yang dikagumi. Reka bentuk SUV yang aero dinamik, mempunyai kualiti kabin yang unggul dan dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan meletakkan Sportage 2WD unik di dalam kelasnya yang tersendiri.

“Anggun, sangat praktikal dan penuh dengan ciri-ciri keselamatan, Sportage 2WD berkebolehan dengan memberikan gaya dan prestasi yang sesuai dengan gaya hidup moden masa kini. Ia juga telah dirangka dan dibina untuk memperoleh prestasi yang lebih efisyen, dan amat sesuai khususnya bagi keluarga yang mengamalkan gaya hidup yang aktif,” ujar Roshdy Hassan, Pemangku Ketua, Naza Kia Malaysia.

Sportage 2WD disertakan dengan ciri utama sebuah SUV dalam pakej yang lebih mesra-urban, atletik dan maskulin. Gril radiator ‘tiger nose’ dan lampu utama hadapan yang runcing dengan panduan pencahayaan LED dan lampu kabus di bahagian hujung depan kerangka bonet jelas membangkitkan garis bahu pada rekaan kereta, sekali gus memberikan imej tegap dan tahan lasak selain memudahkan pengendaliannya.

Sportage_2WD_3

Cermin bahagian hadapan serta lampu belakang kenderaan yang jelas dapat meningkatkan lagi tahap penglihatan pemandu dan pengguna jalan raya yang lain.

Rekaan bumbung bertulang, pemegang pintu besar, cermin sisi besar dan rim aloi 17-inci menjadikan imej Sportage 2WD dengan gaya urban pintar-jalanan yang lasak seperti mana keupayaannya menempuh apa sahaja situasi sukar.

Bagi kabinnya pula, ia lengkap dengan kemasan stering kulit serta dilengkapi dengan Motor Driven Power Steering (MDPS), tempat duduk belakang yang boleh dibaringkan, kawalan kelajuan auto dan bantuan sistem pengesan di bahagian belakang kereta adalah ciri-ciri asas Sportage 2WD dalam menjamin keselesaan terbaik untuk semua penumpang.

Sportage 2WD juga dilengkapi dengan rekaan yang lebih praktikal serta bergaya termasuk tempat penyimpanan yang disediakan di bahagian kabin dan sistem penyejukan di dalam glove box.

Diantara ciri lain yang disediakan adalah sistem audio berjenama “Infitiny” dengan tujuh pembesar suara termasuk subwoofer, sistem pencahayaan pengiring, stereng boleh laras, paparan kamera belakang dan sistem audio Radio/ CD/ MP3 yang boleh dikendalikan menerusi butang kawalan pada stereng.

Sportage_2WD_2

Enjin berteknologi maju Sportage 2WD multi-point injection (MPI) 2.0-liter Nu mampu menghasilkan kuasa sehingga 154 PS dan tork 191 Nm atau 4,700 RPM dengan transmisi automatik enam-kelajuan.

Sportage 2WD ini turut dilengkapi enam beg udara selain dilengkapi ciri keselamatan termasuk Program Kestabilan Elektronik (ESP) yang merangkumi Sistem Brek Anti-Kekunci (ABS), Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC), Pengurusan Kestabilan Kenderaan (VSM), Sistem Bantuan Kawalan Awal Pendakian (HAC), dan sistem Kawalan Brek Menuruni Bukit (DBC) bagi menjamin keselamatan tertinggi.

Sportage 2WD ini menawarkan tiga pilihan warna iaitu Clear White, Bright Silver dan Mineral Silver pada harga atas jalan RM118, 888.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *