Lima lagi plaza tol tawar diskaun sempena Hari Kebangsaan

By  |  0 Comments

DUKE1

Sempena dengan Hari Kebangsaan yang bakal disambut pada Isnin ini, sebanyak lima lagi lebuh raya bakal menawarkan diskaun tol sebanyak 10 dan 20 peratus bagi kenderaan Kelas 1 (kereta).

Lebuh raya terbabit ialah Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) dan Terowong SMART yang menawarkan diskaun 20 peratus serta Lebuhraya Sungai Besi (Besraya), Lebuhraya Pantai Baru (NPE) dan Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas) yang memberi diskaun 10 peratus, menurut laporan Bernama.

Pemberian diskaun bagi DUKE, Besraya, NPE dan Lekas adalah pada 31 Ogos dari 12.01 pagi sehingga 12 tengah malam manakala Terowong SMART bermula dari 6 pagi 31 Ogos hingga 6 pagi 1 Sept.

Pengarah Konsortium Lebuhraya Utara-Timur (KL) Sdn Bhd (Kesturi), pemegang konsesi DUKE, Zakaria Shaffie berkata diskaun itu adalah untuk pengguna yang membuat bayaran secara elektronik.

“Usaha ini juga sebagai langkah menggalakkan penggunaan kad bayaran elektronik secara lebih meluas. DUKE adalah antara lebuh raya yang akan melaksanakan kutipan tol secara elektronik (ETC) pada 9 Sept ini,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

SMART_TUNNEL_IK

Ketua Pegawai Operasi Syarikat Mengurus Air Banjir & Terowong Sdn Bhd (SMART) Mohd Fuad Kamal Ariffin pula berkata kadar tol bagi pengguna Terowong SMART selepas diskaun hanyalah RM1.60 berbanding RM2 untuk setiap hala masuk dan keluar Kuala Lumpur.

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi Bahagian Tol IJM Wan Salwani Wan Yusoff berkata pemberian diskaun 10 peratus di semua plaza tol di Besraya, NPE dan Lekas (plaza tol Ampangan sahaja) adalah inisiatif tanggungjawab sosial korporat yang memanfaatkan pengguna lebuh raya yang merancang perjalanan bersama keluarga pada cuti umum.

Beliau berkata pemandu ke arah selatan digalakkan mengguna Lekas untuk perjalanan lebih selesa manakala bagi perjalanan ke arah timur, mereka dinasihatkan mengguna Besraya dari Salak Selatan atau Jalan Istana menuju MRR2 melalui plaza tol Loke Yew.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *