AKLEH, GCE & LKSA beri diskaun 20% sempena Merdeka

By  |  0 Comments

GUTHRIE

Sempena dengan sambutan Hari Kebangsaan ini, pengguna lebuh raya kelas satu yang membuat bayaran tol secara elektronik (ETC) di tiga plaza tol sekitar Kuala Lumpur dan Shah Alam akan menikmati diskaun sebanyak 20 peratus sempena sambutan Hari Kebangsaan.

Menurut Ketua Eksekutif Kumpulan Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (Prolintas), Datuk Zainudin A. Kadir, ia melibatkan Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE) dan Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA).

Beliau berkata diskaun diberi kepada pengguna yang menggunakan lorong Touch ‘n Go dan Smart Tag bermula pukul 6 pagi Isnin dan berakhir pada 6 pagi Selasa.

Diskaun bagi pengguna AKLEH ialah RM1.20 daripada RM1.50 dan kepada RM1.10 dari RM1.40 bagi pengguna GCE dan kepada RM1 dari RM1.20 di Tol Seri Muda KLSA dan kepada 50 sen daripada 60 sen di Tol Alam Impian KLSA, katanya dalam satu kenyataan.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *