Naza Automotive Manufacturing (NAM) menamatkan perkhidmatan 300 kakitangannya

By  |  0 Comments

nam-gurun

Menurut sumber yang dilaporkan oleh The Malaysian Insider, Naza Automotive Manufacturing (NAM) Sdn Bhd telah memberhentikan 300 pekerja kilang pemasangan mereka di Gurun, Kedah.

Keputusan ini diambil selepas jualan kenderaan jatuh tahun ini sejak pengenalan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada April lalu.

Pemberhentian tersebut melibatkan 255 kakitangan, 30 Jawatankuasa NAM dan selebihnya kakitangan pentadbiran.

Kesemua kakitangan yang diberhentikan itu telah diraikan dalam satu majlis perpisahan yang diadakan di Dewan Seri Zaleha di Gurun. Ia turut disertai Ketua Pegawai Operasi NAM Roslan Abd Ghani dan semua kakitangan terbabit juga diberi surat pemberhentian kerja.

NAM merupakan salah sebuah syarikat pengeluar kereta di bawah Kumpulan Naza yang memulakan operasi pada Mei 2004. Menurut info yang dipetik dari laman web rasminya, NAM memiliki 1,000 tenaga kerja dan menjalankan kerja pemasangan kereta Peugeot dan Kia untuk pasaran tempatan dan luar negara.

Berikut merupakan kenyataan maklum balas dari Naza Group mengenai isu ini :

Screen Shot 2015-08-27 at 20.59.49

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *