Ford anjur Bengkel Kemahiran Pemanduan Seumur Hidup untuk generasi muda

By  |  0 Comments

Photo 7 - Ford DSFL

Ford Motor Company meneruskan kempen Kemahiran Pemanduan Seumur Hidup (DSFL) di Malaysia menerusi satu siri bengkel. Ia bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai teknik pemanduan selamat itu dilaksanakan dengan satu sesi di Taylor’s University Lakeside Campus pada 22 Ogos lalu.

Bengkel DSFL Ford yang memakan masa selama setengah hari dan secara percuma itu memberi penekanan terhadap pentingnya kemahiran pemanduan selamat dalam kalangan pemandu di Malaysia.

“Kemahiran Pemanduan Seumur Hidup direka untuk melengkapkan orang ramai dengan kemahiran yang mereka perlukan demi menjadi pemandu yang lebih baik dan selamat. Kami rasakan bahawa sudah menjadi tanggungjawab kami untuk membantu menyampaikan mesej ini kepada pemandu di Malaysia, terutama golongan muda,” kata Pengarah Urusan Malaysia dan Pasaran Membangun Asia Pasifik, Ford Motor Company, David Westerman.

Photo 3 - Ford DSFL

Menurut laporan Status Global Pertubuhan Kesihatan Dunia mengenai Keselamatan Jalan Raya, kematian jalan raya di Malaysia bagi setiap 100,000 orang populasi adalah antara yang paling tinggi di ASEAN.

Sementara angka daripada Institut Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) menunjukkan bahawa secara puratanya seramai 18 orang terbunuh di jalan raya pada setiap hari. Angka itu dijangka meningkat kepada 29 orang menjelang tahun 2020.

Program Kemahiran Pemanduan Seumur Hidup bermatlamat mendidik para pemandu tentang kemahiran yang praktikal dan sepatutnya diketahui untuk memandu secara selamat. Ia dapat membantu mengurangkan jumlah kematian dan kecederaan akibat kemalangan trafik.

Latihan DSFL melibatkan sesi teori di dalam kelas dan pemanduan amali bagi membolehkan peserta mengaplikasikan apa yang telah mereka pelajari.

Photo 4 - Ford DSFL

Sebagai tambahan kepada kandungan utama program, penekanan terhadap bahaya memandu di bawah pengaruh alkohol juga diadakan pada tahun ini. Ini termasuklah memberi peluang para peserta memakai peralatan yang direka khas untuk membantu meniru pengalaman ketika pergerakan, koordinasi dan kepekaan menjadi terhad.

DSFL merupakan program utama tanggungjawab korporat sosial (CSR) global Ford. Di Asia, Ford DSFL telah dilaksanakan dengan jayanya untuk melatih pemandu yang sudah mempunyai lesen dari semua peringkat umur selama lapan tahun.

Selain Malaysia, latihan DSFL turut diadakan di China, India, Indonesia, Myanmar, Taiwan, Thailand, Vietnam dan Filipina.

Menjelang akhir tahun 2015, Ford DSFL bakal melatih lebih 150,000 orang dan ratusan ribu lagi menerusi latihan secara dalam talian, program-program di sekolah dan kempen pemanduan selamat di 32 buah negara.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *