GIIAS 2015 : Hyundai Grand i10 X lebih menyerlah

By  |  0 Comments

Hyundai_i10X_02

Hyundai juga tidak ketinggalan di dalam ‘meminjam’ kegemilangan pentas Gaikindo Indonesia International Auto Show (GIIAS) 2015 yang berlangsung minggu lalu untuk mempamerkan model Hyundai Grand i10 X.

Telah pun dilancarkan di negara berkenaan pada Jun lalu, ia adalah berdasarkan model Grand i10 lima-pintu hatch dengan beberapa inspirasi SUV padanya. Grand i10 X ini dilingkari garisan berwarna hitam pada bahagian bawah termasuk pada skirt sisi dan gerbang roda. Malah Hyundai turut menambah pelekat hitam pada C-pillars untuk membuatkan bahagian tersebut kelihatan seperti ‘terapung’.

Pada bahagian tengah bampar hadapan dan belakang pula dicat dengan warna perak. Sementara perumah lampu kamus juga disertakan dengan jaluran lampu nyalaan siang LED. Menambahkan lagi gayanya adalah dengan padanan spoiler belakang dan rim aloi dua-tona bersaiz 14-inci.

Grand i10 X dijanakan oleh enjin Kappa 1.25 liter dengan kuasa 87 PS dan tork 120 Nm. Ia juga dipadankan dengan kotak gear manual lima-kelajuan.

Model ini ditawarkan dengan empat pilihan warna iaitu Golden Orange, Sleek Silver, Passion Red dan Pure White.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *